Saturday, October 8, 2022

Kementerian Pendidikan kenal pasti sekolah usang, uzur

Secara Rawak

SEREMBAN:  Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai prasarana yang kurang baik dan perlu dinaik taraf serta diselenggara seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan  dalam Bajet 2017 berkata, sejumlah RM570 juta diperuntukan untuk membangunkan semula 120 sekolah termasuk 30 di Sarawak dan 30 di Sabah menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dan menaik taraf 1,800 makmal sains.

Timbalan Menteri Pendidikan 2 Senator Chong Sin Woon berkata, sekolah tersebut dalam keadaan yang teruk dan perlu diselenggara demi keselesaan pelajar.

“Kita amat memerlukan peruntukan tersebut kerana banyak sekolah terutama yang telah lama dibina berada dalam keadaan yang sangat daif,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Amal Sambutan Jubli Emas (1966 – 2016) Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad, di sini semalam.

“Ketika kita membina banyak sekolah, jangan kita lupa ada banyak sekolah lama yang perlukan kemudahan dan penyelenggaraan,” katanya.

Bagi Sarawak, berdasarkan laporan SarawakVoice, peruntukan untuk membina 30 buah sekolah uzur  tidak mencukupi kerana kini terdapat 486 buah sekolah  daif teruzur di negeri  itu.

Peruntukan yang disalurkan hanya mampu menampung keperluan untuk membaik pulih 16 peratus daripada jumlah sekolah yang dikategorikan teruk. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru