Jururawat muda 22 tahun dirogol bergilir-gilir, ditemu separuh bogel di tepi jalan di Kapit

1
63

KAPIT: Seorang jururawat desa ditemui dalam keadaan  terbaring separuh bogel pada pukul 6.30 pagi kelmarin, di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh di sini selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Jururawat desa yang bertugas di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk.

screen-shot-2016-10-24-at-12-27-16-pm

Jururawat berusia 22 tahun itu menurut Kosmo berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan.

Penemuan mangsa menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berhibur bersama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

screen-shot-2016-10-24-at-12-27-41-pm

Bagaimanapun, menurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa dipercayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau seperti dipetik akhbar itu. 

1 COMMENT

  1. WWW. MANTAPQQ .COM ::
    Telah Hadir Situs Judi Kartu Online Eksklusif dan Berkelas
    memberikan pelayanan yang membuat anda semua nyaman.
    Bonus Yang Disediakan Dari MANTAPQQ
    >BONUS ROLLINGAN 0.3% Dibagikan Setiap SEMINGGU 1x !!
    >BONUS REFFERAL 15%
    DAN ADA TAMBAHAN BONUS ESTRA
    Dengan Minimal Deposit IDR 20.000,- Anda Sudah Dapat Bermain,
    Permainan FairPlay 100% Tanpa Robot, Player vs Player
    Play For Win Guys, Fairplay !!
    http://www.mantapqq.com/?ref=12345oke

Comments are closed.