Saturday, August 20, 2022

Ahli UMNO digesa kembali kepada perjuangan asal, kesetiaan ahli dihargai

Secara Rawak

SEMPORNA: Banyak yang menjangka dengan keluarnya Ketua Bahagian Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dari UMNO, jentera parti itu akan lumpuh.

Hishammuddin berkata UMNO Bahagian Semporna yang kini diterajui Pemangku Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran tidak bimbang dengan tindakan Mohd Shafie bersama beberapa pemimpin lain di bahagian itu meninggalkan parti.

Hakikatnya, keadaan demikian tidak berlaku. Sebaliknya, kejadian itu ada hikmahnya.

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menggesa ahli UMNO di akar umbi termasuk di Semporna supaya tidak gentar membawa obor perjuangan parti itu meskipun ada pemimpin yang telah mengambil keputusan keluar daripada UMNO.

“Kita tidak gusar dan tetap membawa perjuangan parti kerana UMNO bukan milik peribadi tetapi diwarisi daripada datuk dan moyang kita. Lumrah dalam politik, ada pemimpin datang dan pergi tinggalkan parti. Hishammuddin berkata masalah dalam UMNO membabitkan pemimpin keluar daripada parti bukanlah perkara baharu dan pernah berlaku sejak penubuhan parti tersebut.

Beliau berkata segala yang berlaku ada hikmahnya dengan UMNO menghadapi dan mengambil tindakan dalam keadaan matang tanpa perasaan kecewa dan marah.

“Dalam masalah itu kita kena buat pilihan, kawan dan perjuangan…keluarga dan parti…pemimpin dan parti,” katanya  sambil menambah ahli UMNo perlu sedar perjuangan parti lagi utama daripada kepentingan peribadi,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini, semalam.

Beliau berkata semua anggota UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan parti untuk mengatasi dan mengawal masalah tersebut bagi meneruskan perjuangan part.

“Syabas kepada semua ahli UMNO Semporna kerana terus setia bersama mempertahankan prinsip perjuangan parti. Saya tahu dalam keadaan diuji dengan suasana politik ketika ini, selain semangat kekeluargaan, ahli UMNO Semporna berada di persimpangan dan terpaksa buat pilihan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, mereka perlu mengakui hakikat bahawa bekas Naib Presiden itu telah memilih jalannya sendiri, justeru mereka yang berada dalam UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal kerana hanya dengan UMNO sebagai wadah perjuangan, mampu membawa kejayaan dan pembangunan kepada Sabah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru