Kerajaan Sarawak tidak amalkan diskriminasi kaum berbanding penjajah

0
8

MUKAH: Rakyat pelbagai kaum di negeri mengecapi kejayaan bersama dalam aspek pendidikan dan kerjaya membuktikan kerajaan Sarawak tidak mengamalkan dasar diskriminasi kaum dalam semua bidang.

14639863_1773748499553540_5568849751592868449_n

Ini berbeza dengan era pemerintahan kolonial dahulu yang tidak mempedulikan kawasan pesisir pantai dan pedalaman termasuk di Mukah sehingga tiada kemudahan pendidikan di kawasan jajahannya itu.

“Sebelum penubuhan Malaysia, tiada satu pun sekolah menengah (didirikan) di kawasan pesisir pantai,” kata Yang di-Pertua Negeri Tun Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurutnya, antara sebab perkara itu berlaku kerana kawasan pesisir sukar untuk dibangunan kerana masalah bekalan air dan elektrik.

“Sarawak pesat membangun dan kini adalah negeri ketiga yang maju di Malaysia,” tambah Taib.

14725762_1773748536220203_7773800920375741191_n

Berucap pada Majlis Pecah Tanah Kolej Laila Taib Kampus Mukah pada Jumaat, Taib berkata wujud dasar diskriminasi kaum berkaitan pelbagai aspek termasuk sektor pendidikan serta pembangunan pada zaman kolonialisasi.”Ini berbeza selepas Sarawak mengecapi kemerdekaan sehingga sekarang, dasar kerajaan tidak pernah mengetepikan semua komposisi kaum dalam pendidikan atau pembangunan secara keseluruhan,” kata Taib di tapak pecah tanah berhadapan Politeknik Mukah dan berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak Kampus Mukah.

Jelas sekali, kejayaan semua dasar yang laksanakan di negeri ini berkait rapat dengan keadaan politik yang stabil serta berkesannya faktor perpaduan rakyat Sarawak selain pencapaian sosioekonomi memberangsangkan. – Sarawakvoice