Sunday, September 25, 2022

RUU 355: PKR bidas kenyataan PAS

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas PAS kerana berprasangka bahawa jika usul RUU Akta 355 ditolak, maka yang gembira ialah Amanah dan DAP.

Razman Zakaria, PAS Perak dalam catatan Facebooknya sebelum ini berkata, sekiranya RUU 355 dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak, maka yang paling gembira adalah Amanah, Keadilan dan DAP.

Pengarah Komunikasi PKR Pahang Fauzdin NS menyoal, bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?

“Apakah beliau tahu apa pendirian Keadilan dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?,” tanya beliau.

Katanya lagi: “Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman?  Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?  Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?”

“Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari No. 4 kemudiannya ke bawah menjadikan No. 7?  Mengapa Amanah, Keadilan dan Dap yang kamu sasarkan ?,” tambahnya.

Beliau berharap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadab seperti itu.

“Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan  menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU Akta 355 itu berjaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.  – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru