Wednesday, August 17, 2022

Pan Borneo jadi asas projek hubungkan keseluruhan pedalaman S’wak 2030

Secara Rawak

KUCHING: Menjelang 2030, Sarawak bertekad menyediakan prasarana sepenuhnya sepenuhnya di kawasan luar bandar menjadikan negeri ini setanding negeri lain di Malaysia.

Justeru, keseluruhan peruntukan hampir RM20 bilion diperlukan bagi menyediakan prasarana ke kampung-kampung di negeri ini untuk kepentingan lebih 31,000 penduduk setempat.

14670676_1234408053299428_3048295234765205097_n

Menurut Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof, pada 2016 sahaja, Sarawak membelanjakan RM2.6 bilion daripada peruntukan RM5.9 bilion untuk pembangunan prasarana di luar bandar.

Dalam ucaptama pada “Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan Sarawak Ketiga”, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, kini Lebuh Raya Pan Borneo rancak dibina dan bakal siap 2021 untuk turut menghubungkan wilayah di Kepulauan Borneo.

Menurut Fadillah, Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan kerja menaik taraf termasuk menambah lorong jalan dan membina jalan baharu di sepanjang jajaran.

“Banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada golongan belia di Sarawak dan Sabah apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap dibina kelak,” kata Fadillah pada program bertemakan “Ke Arah 2020: Pembangunan dan Pertumbuhan Pesat” yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada Khamis.

Menurut Fadillah, selain Lebuh Raya Pan Borneo, Kerajaan Persekutuan meluluskan empat lagi projek baharu 2017 iaitu pembinaan Jambatan Igan, Jambatan Rambungan, Jejantas Medan Jaya dan Jambatan Batang Lupar menelan kos RM1.55 bilion.

Untuk mengorek kedalaman laluan Sungai Sarawak, Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM360 juta.

Projek yang dijangka siap 2019 membolehkan Sungai Sarawak menjadi lebuh raya perkapalan antarabangsa dan mendapat manfaat daripada pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan inisiatif Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) . – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru