Friday, October 7, 2022

Seronoknya naik basikal, kembara dari kubu ke kubu di sekitar Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Terdapat sekitar 20 kubu dibina oleh keluarga Brooke pada zaman penjajahan 100 tahunnya ke atas Sarawak, 12 daripadanya, yang sebahagiannya terdapat di Sri Aman, sudah diwartakan oleh kerajaan.

Kini, pengkaji sejarah atau peminat aktiviti kembara boleh menyertai “Kembara Fort to Fort Trails in Sarawak” menjelajah sebahagian kubu tersebut di Sri Aman dengan menaiki basikal.

Produk pelancongan menarik dilancar Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ini memulakan sesi jelajah berbasikal menziarahi kubu dari Pantu, Banting, Lingga, Sri Aman dan Betong sebelum memasuki Lubok Antu.

“Program tersebut merupakan usaha kita mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai pentingnya mereka untuk sama-sama menghargai dan memelihara warisan sejarah di negeri ini,” kata jurucakap kementerian.

Sebelum ini, Menteri Muda Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan Peladangan, Datuk Francis Harden Hollis melancar produk pelancongan ini di Muzium Warisan Sri Aman.

Program inisiatif Fokus Utama Aktiviti kementerian ini diharap dapat menyediakan peluang perniagaan bagi penduduk di kawasan terlibat.

Pada program awal ini, pihak kementerian menjemput lima ejen pelancongan asing termasuk seorang wartawan bebas dari Perancis menyertai program empat hari yang bemula di Kuching semenjak Khamis lepas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru