Saturday, October 8, 2022

Patung Hillary Clinton  telanjang tiga jam di Manhattan

Secara Rawak

MANHATTAN: Macam-macam boleh berlaku ketika persaingan kian memuncak untuk merebut kerusi paling berkuasa dan bergengsi di dunia.

Persaingan antara Hillary Clinton dengan Donald Trumph kian seru untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat.

screen-shot-2016-10-20-at-9-42-39-am

Kalau Isnin lalu, patung Trumph muncul mendadak, kini tiba giliran Hillary Clinton pula.

Patung telanjang calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat,Hillary Clinton tiba-tiba muncul di stesen subway Bowling Green, Manhattan, tidak jauh dari Wall Street, New York.

Patung itu menampilkan wajah Clinton seperti ereksi dengan mulut terbuka lebar dan kepala seorang lelaki, yang digambarkan sebagai bankir, mencium payudaranya.

Patung tersebut menarik orang ramai yang melintas di kawasan itu dengan sebahagiannya mengambil foto patung yang dibuat seniman Anthony Scioli itu.

Seorang wanita yang mengaku bernama Nancy kemudian datang dan berusaha menghancurkan patung itu. “Ini cabul! Meletakkan benda seperti ini di depan tempat kerja saya!” teriak Nancy berdebat dengan Scioli.

Nancy menolak hujah mengenai kebebasan berekspresi yang berpendapat ia dilindungi di Amerika Syarikat.

Sekitar tiga jam patung Clinton telanjang itu berdiri untuk kemudian dirobohkan.

Pada Ogos lalu, sekekumpulan orang yang menggelarkan diri Indecline meletakkan patung telanjang pesaing utama Clinton, Donald Trump.

Patung yang dipamerkan di tempat-tempat umum di lima kota di Amerika Syarikat tersebut menarik perhatian orang ramai.

Patung Trump akan dilelong dengan harga penawaran US$ 100 ribu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru