Saturday, December 3, 2022

Musim tengkujuh sudah tiba, waspada dan sedia hadapi banjir!

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk sekitar Kuching khasnya  di kawasan rendah yang biasa berlaku banjir pada musim tengkujuh perlu bersiap sedia menghadapi musibah banjir yang sukar diramal kehadirannya.

Musim tengkujuh berangin kencang biasanya menurunkan hujan yang banyak dan keadaan ini diburukkan lagi fenomena air pasang besar dan banyak terdapat kawasan rendah di bawah paras laut di Sarawak.

Bagi kawasan rendah di Batu Kawa, Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata, “pihak kami sudah berbincang dengan Petronas untuk menubuhkan badan sukarela bagi membantu mangsa banjir di kawasan Batu Kawa.”

Bercakap pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan Banjir Peringkat Daerah Kuching di Dewan Masyarakat Stapok, Jalan Stephen Yong pada Rabu, Sim berkata penduduk perlu bersedia menghadapi banjir ini sekitar Disember.

Sim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memindahkan mangsa banjir antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai 684 penduduk terlibat dari 20 kampung kawasan N9 (Padungan), N10 (Pending), N11 (Batu Lintang), N13 (Batu Kitang) dan N14 (Batu Kawah) menerima wang ihsan RM500 setiap keluarga pada Rabu pada fasa kedua bantuan.

Sebelum itu, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan bantuan fasa pertama kepada penduduk terjejas banjir di N6 hingga N8 pada Isnin lepas di Dewan Suarah Kuching.

Bantuan fasa ketiga meliputi N19 diserahkan kepada penerima oleh Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr. Jerip Susil pada 21 Oktober ini di Dewan Serbaguna Kota Padawan.

Manakala, untuk bantuan fasa keempat meliputi N4 hingga N5 diserahkan kepada penerima oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Masjid Darul Hana, Petra Jaya di Kuching. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru