Wednesday, December 7, 2022

Makanlah hotdog, Jakim tak haramkannya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ada apa pada nama? Setidak-tidaknya  bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),  nama begitu penting, terutama berkaitan dengan makanan – hotdog.

Anjing panas, kalau diterjemahkan secara literal.

Kontroversi timbul apabila isu sijil halal rangkaian kedai roti Untie’s Anne ke atas makanan pretzel  menjadi viral di internet.

Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  Jakim tidak akan mengharamkan makanan yang sudah popular hanya kerana nama.

“Kita menilai dari sudut kandungan bahan-bahan pemakanan tersebut, bukan menilai dari sudut nama,” katanya.

Beliau menegaskan, tidak timbul langsung dengan dakwaan mahu mengharamkan mahupun menidakkan jualan dan makanan tersebut.

“Jakim tidak akan masuk restoran dan tarik sijil, arahkan tutup kedai dan sebagainya, tak timbul,” tegasnya pada sidang media selepas hadir dalam persidangan  Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, hari ini.

“Nama ni macam-macam cekodok, tahi itik, macam-macam, tetapi benda itu sudah popular dengan nama tersebut jadi, tak  timbul langsung untuk nak haramkan, termasuk juga hotdog,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jamil yang juga Ahli Parlimen Jerai  nama juga memberikan nilai kepada budaya dan masyarakat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru