KABONG: Fenomena air pasang besar yang melanda negara turut dialami penduduk di sini petang semalam.

Kawasan tepi pantai menerima kesan paling ketara apabila kawasan penempatan penduduk dinaiki air pada paras yang agak luar biasa.

Kawasan pekan di sini turut menerima tempias kejadian air pasang besar ini apabila premis perniagaan turut dinaiki air.

Rumah-rumah penduduk yang terletak di kawasan tepian sungai juga dinaiki air hingga ke paras lantai rumah.

Sebelum ini, jabatan meteorologi melalui media massa telah memberi amaran angin kencang dan fenomena air pasang besar yang bakal melanda beberapa tempat di negara ini terutama kawasan tepi pantai.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, fenomena berkenaan akan berterusan hingga Rabu ini.

Laut juga diramalkan bergelora dengan ombak dijangka mencecah ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot nelayan.

Sehubungan dengan itu, pihak berwajib di sini menasihatkan penduduk agar mebgambil langkah
Siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap yang ditemui mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa .

“Penduduk diingatkan agar sentiasa memantau keadaan air laut yang pasang dan dinasihatkan segera berpindah ke tempat selamat jika keadaan mendesak dan berbahaya” ujarnya. – Sarawakvoice