Sunday, September 25, 2022

Tok Nan tak mahu S’wak jadi pemerhati sahaja, mahu nikmati hasil, faedah sumber negeri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya rakyat Sarawak mendapat semula haknya dan tidak mahu lagi hanya sekadar sebagai pemerhati khususnya dalam menikmati faedah hasil industri minyak dan gas di Bintulu.

“Kita mahu terlibat sama dan sebelum ini Perdana Menteri bersetuju dengan sebahagian daripada pemintaan kita yang merupakan hak kita,” kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dalam program Santai Ngan Tok Nan sempena Lan Berambih Anak Sarawak di Kuala Lumpur.

screen-shot-2016-10-16-at-9-07-03-am

Adenan berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu mendengar sebarang alasan tidak bijak dalam proses penurunan kuasa serta mendapat semula hak rakyat.

Dalam isu Petronas, Adenan berkata beliau tidak mahu lagi mendengar alasan seperti mendakwa rakyat Sarawak tidak layak menjawat jawatan tinggi dalam Petronas.

Adenan berkata dalam memberi lebih banyak hak kepada rakyat Sarawak, Petronas perlu membuat penilaian sebaik mungkin menimbangkannya.

“Rakyat Sarawak layak dan ramai yang bekerja berpuluh tahun, tidak patut mereka tidak layak,” tambah Adenan.

Menyentuh isu pendidikan, Adenan kesal dengan dasar pendidikan yang tidak melihat bahawa menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serentak penting.

“Dahulu kita tidak mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan hanya mahu memartabatkan bahasa Melayu.

Sekiranya dahulu penguasaan bahasa Inggeris ditingkatkan mudah bagi pelajar menguasai subjek penting seperti Sains dan Matametik. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru