Tuesday, November 29, 2022

Trump dituduh raba dua wanita  di dalam pesawat, lif

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dua perempuan memberitahu New York Times bahawa calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menyentuh mereka dengan cara tidak sepatutnya, namun tuduhan itu segera ditangkis oleh pasukan kempen Trump.

Trump kini sedang bersaing sengit dengan Hillary Clinton dalam perebutan menjadi Presiden, menggantikan Barrack Obama.

Jessica Leeds, 74, dari Manhattan mendakwa ketika dia duduk di sebelah Trump di kabin kelas pertama dalam penerbangan ke New York 36 tahun lalu, Trump telah mengangkat penyangga tangan pada kerusi.

Leeds mendakwa dalam laporan itu bahawa Trump telah meraba payu daranya dan mencuba memasukkan tangan ke dalam  seluarnya.

“Dia seperti gurita..tangannya ke mana-mana. Itu adalah satu penyerangan,” kata Leeds.

Namun, pasukan kempen Trump  segera menafikan dakwaan kedua-dua wanita itu. “Seluruh isi artikel adalah fiksyen,” tepis pasukan kempen Trump.

New York Times turut mewawancarai Rachel Crooks, wanita yang pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di perusahaan hartanah di Trump Tower.

Crooks, yang ketika itu berusia 22 tahun, mendakwa dicium bibirnya oleh Trump di depan lif Trump Tower.

“Sangat tidak wajar. Saya sangat kesal bahawa dia berpikir saya terlalu tidak signifikan sehingga dia  melakukan hal seperti itu,” kata Crooks.

Crooks dan Leeds tidak melaporkan kejadian yang mereka alami kepada pihak berkuasa.

Namun, mereka mengakui berkongsi pengalaman berkenaan dengan teman dan saudara mara. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru