Sunday, September 25, 2022

S’wak tetap martabatkan BM, manakala BI penting sebagai bahasa ilmu

Secara Rawak

KUCHING: Bahasa Melayu tetap diutamakan sebagai bahasa kebangsaan Sarawak, sementara bahasa lain termasuk bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang perlu dikuasai rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. berkata bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu perlu dikuasai demi memberi faedah kepada rakyat dan negeri ini.

Beliau memberi  contoh bagaimana Jepun dan China mengambil berat kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

Berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2016 peringkat Negeri Sarawak di balai budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), Petra Jaya pagi Khamis, Abang Johari memandang tinggi usaha

memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada majlis tersebut, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi turut melancarkan Kamus Dialek Melayu Sarawak

Menurut beliau, Sarawak gigih membukukan kamus bahasa sukuan seperti bahasa Melanau dan bahasa Iban serta berusaha menyerap bahasa sukuan ini dalam kosa kata bahasa Melayu demi memajukannya.

BBK yang bertemakan “Satu Bahasa, Satu Jiwa, Satu Negara” merupakan nama baharu bagi Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Berikut ialah jadual bagi aktiviti sepanjang BBK 2016 yang berlangsung 13 Oktober hingga 11 Novemebr akan datang:

13-16 Okt Pameran Agensi Kerajaan dan Jualan Buku.

14-15 Okt Festival Lagu Puisi.

15 Okt Senam Seni.

15 Okt Jejak Cinta Bahasa.

15 Okt Pertandingan Bermukun.

16 Okt Pertandingan Futsal Jemputan sekolah rendah.

16 Okt Pertandingan Mewarna Kanak- kanak Tadika.

16 Okt Pertandingan SAHIBBA untuk ibu bapa.

17 Okt Bengkel Penulisan Cerpen Pasca PT3 di Sekolah Menengah Haji Othman Abdul Wahab (Shoaw).

19 Okt Program BBK di peringkat IPT di Unimas.

19-20 Okt Sayembara Monodrama.

28 Okt Pesta Pantun Antara Jabatan Kerajaan.

11 Nov Diskusi buku “Bahtera Bahasaku” karya Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah.

11 Nov Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Balai Budaya DBPCS. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru