Friday, October 7, 2022

Pantau pembiayaan politik untuk elak rasuah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Cadangan Akta Sumbangan dan Pembiayaan Politik dapat menyediakan platform sesuai bagi mewujudkan sistem pembiayaan politik yang efektif.

Namun, pemantauan terhadap pembiayaan politik adalah amat penting untuk menutup semua ruang dan peluang bagi rasuah.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, undang-undang yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu dapat melengkapi undang-undang lain.

“Jadi untuk memastikan ketelusan dalam pembiayaan politik, negara-negara mesti mempunyai perakuan khas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, sama ada ia satu akta baharu atau pindaan terhadap undang-undang sedia ada, pemantauan terhadap dana atau sumbangan politik hanya dapat dilaksanakan secara efektif apabila keperluan untuk melaporkan sumber pembiayaan politik diwajibkan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti politik.

“Jika parti politik gagal mematuhi mana-mana peraturan diperkenalkan itu, objektif untuk memupuk budaya integriti tidak akan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, katanya,  setiap pembiayaan politik yang disalurkan perlu diaudit dan direkodkan untuk menunjukkan ketelusan parti.

Menurut  Irmohizam, pembiayaan politik di peringkat pusat dan negeri perlu dimasukkan ke dalam akaun parti untuk meningkatkan ketelusan dan keyakinan orang ramai terhadap parti-parti politik.

“Pewujudan sebuah badan untuk memantau pembiayaan politik bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Perancis, yang menetapkan peraturan bahawa setiap sumbangan politik yang disalurkan perlu direkodkan,” ujarnya.

Irmohizam berkata undang-undang yang dicadangkan itu perlu disokong oleh semua parti. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru