Wednesday, August 17, 2022

75 penduduk Bintulu terjejas projek Pan Borneo terima pampasan RM3.18 juta

Secara Rawak

BINTULU: Seramai 75 penduduk yang tinggal di sepanjang jalan Jambatan Pelugau Sungai Arip hingga ke simpang Lapangan Terbang Bintulu menerima bayaran pampasan bernilai RM3.18 juta,

Bayaran pampasan yang disampaikan oleh Pejabat Tanah dan Survei pada Khamis itu melibatkan bangunan atau rumah termasuk tanaman yang terjejas dengan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Menurut Pegawai Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Bintulu, Kiu Chiong Chong dua rumah panjang terjejas dengan pembinaan projek Pan Borneo iaitu Rumah Panjang Penghulu Chabi dan Rumah Panjang Kundai.

Chiong berkata, terdapat tujuh rumah panjang terlibat, namun lima lagi rumah panjang masih dalam perhatian dan perkembangan berkaitannya dimaklumkan kemudian, sebaik sahaja penyelesaian berakhir.

Selepas penyampaian bayaran pampasan, penerima diberi taklimat oleh Pegawai Kanan Penilaian dari Ibu Pejabat Tanah dan Survei Negeri Mohamad Muazziz Othman berkaitan manfaat projek lebuh raya berkenaan.

Taklimat turut menjelaskan kaedah yang digunakan bagi menilai struktur serta tanaman yang diganti. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru