Tuesday, December 6, 2022

40,000 belum dapat bekalan elektrik di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sekitar 40,000 isi rumah di luar bandar di negeri ini yang belum dijangkau bekalan elektrik akan menikmati kemudahan prasarana ini tidak lama lagi.

Sejak 2009, sekitar 70,882 isi rumah baru di kawasan luar bandar Sarawak sudah menikmati kemudahan bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy (Seb) Datuk Torstein Dale Sjoveit berkata Seb memberi komitmen sepenuhnya memperluas penggunaan elektrik di seluruh negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

Bercakap dalam sesi berjumpa media di ibu pejabat Seb pada Khamis, Torstein berkata, keupayaan kapasiti tenaga di Sarawak bertambah kepada 4,640mw pada 2016 berbanding 1,182mw pada 2010.

Sebanyak 3,000mw dibekalkan bagi menjana kuasa kepada pelanggan Koridor Tenaga Yang Diperbaharui Sarawak (Score).

Dalam pertemuan terakhir Torstein yang tamat perkhidmatan sebagai CEO Seb tidak lama lagi, Torstein berkata, selain mendapat bekalan dari sumber janakuasa utama empangan sedia ada, Seb turut menggunakan sumber lain sebagai alternatif.

Antaranya, Kerajaan Persekutuan membiayai projek tenaga solar bagi membekalkan tenaga elektrik alternatif kepada 4,000 isi rumah.

Kaedah sambungan grid pula berjaya membekalkan elektrik untuk 10,000 isi rumah.

Manakala, program penyambungan menggunakan grid luar membekalkan elektrik untuk 8,000 isi rumah di luar bandar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru