Saturday, August 20, 2022

Umno Pulau Pinang kesal pembabitan Ahli Parlimen dalam parti baharu

Secara Rawak

GEORGETOWN: Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, penglibatan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam parti baharu, Penang Front Party (PFP) sama sekali tidak mewakili Umno, malah beliau dilantik sebagai Penasihat PFP atas kapasiti peribadi beliau sendiri.

Beliau berkata, tindakan Zahidi  yang membenarkan dirinya dipergunakan oleh PFP mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di Pulau Pinang.

Kesal dan kecewa dengan tindakan Zahidi itu, Zainal Abidin berkata, penubuhan PFP  dan pelantikan Zahidi sebagai penasihat PFP tidak pernah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno ataupun Umno Pulau Pinang.

Malah, ujar beliau, tiada sebarang  persetujuan diberikan Umno kepada Zahidi untuk dilantik ke jawatan itu.

“Persetujuan Zahidi menjadi penasihat sebuah parti yang mencadangkan pewujudan sebuah kasino di Pulau Pinang adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen Umno,” katanya dalam satu kenyataan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru