Sebanyak 116 lagi sekolah S’wak laksana Program Dwibahasa tahun depan, tambahan 67 sedia ada

0
4

KUCHING: Sebanyak 116 sekolah lagi di negeri ini dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) dalam sistem pendidikan mereka pada 2017 berbanding 67 sekolah sedia ada pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, sembilan sekolah menengah telah yang mendapat kelulusan melaksanakan DLP ialah SMK Kuching High, SMK Tiong Hin, SMK Tung Hua, SMK Chung Hua, SMK Kwong Hua dan SMK Chung Chen di Sibu, SMK Chung Hua di Miri dan SMK Kai Chung dan SMK Tong Hua di Meradong.

“Tiga lagi (sekolah) yang disyorkan oleh Jabatan Pelajaran telah memohon, tetapi masih belum menerima kelulusan,” kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat laporan kemajuan daripada “Dasar 90:10” di pejabatnya pada Selasa.

Menurut Fatimah dengan kelulusan tersebut, sekolah berkenaan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mengajar subjek Sains, Matematik dan subjek teknikal lain seperti Sains dan Teknologi.

Fatimah berkata, hanya sekolah yang terpilih dan diluluskan boleh Kementerian Pelajaran boleh melaksanakan DLP.

Selain pihak sekolah bersedia sepenuhnya, “ibu bapa perlu dirujuk dan guru perlu bersedia mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar,” kata Fatimah.

Beliau menambah kata bahawa terdapat permohonan dari beberapa sekolah untuk melaksanakan DLP tahun lepas ditolak oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Fatimah lagi, terdapat peningkatan bilangan sekolah yang mahu melaksanakan DLP di sekolah, tetapi kata putus ditentukan oleh kementerian setelah mengkaji dan melihat keseluruhan senario sekolah berkenaan.

“Kurikulum adalah sama dan dari segi bahasa penghantar terma sebenar ialah Bahasa Malaysia. Mereka mempunyai ahli lembaga dan  mereka mematuhi terma kurikulum sedia ada,” ujar Fatimah. – Sarawakvoice