Remaja perempuan 19 tahun kahwini kanak-kanak 14 tahun, sudah dapat anak

0
12

STAVROPOL – RUSIA: Seorang remaja berusia 19 tahun disiasat  polis kerana didapati berkahwin dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang masih bersekolah.

russia-gypsies-552266

Menurut laporan Dailystar, Bilana B mendakwa dia dan suaminya, Zabar K adalah daripada kaum gipsi dan perkahwinan sedemikian adalah normal.

Namun   wanita itu berdepan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun.

Bilana dan pasangannya juga telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Yuri.

Bilana bersetuju mengahwini kanak-kanak itu selepas dipujuk dan kanak-kanak lelaki berkenaan telah berhenti sekolah dan mencari pekerjaan untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarganya.

Nenek Zabar, Nema Kolmykova memberitahu pasangan berkenaan tidak dikahwinkan dengan sempurna.

“Perkahwinan mereka serba ringkas kerana kekurangan sumber kewangan,” kata Nema yang merestui hubungan pasangan berkenaan.

Kanak-kanak itu mula menjalinkan hubungan dengan remaja berkenaan selepas mendapat nombor telefonnya daripada sanak saudaranya, dan mulai berhubung dengannya melalui telefon.

Kanak-kanak itu pergi ke rumah remaja terbabit, tetapi disebabkan dia belum layak mendapat lesen kereta, maka neneknya telah memandunya ke situ.

Pasangan muda berkenaan kini tinggal dengan nenek kanak-kanak lelaki itu sejak berkahwin. – Sarawakvoice