Saturday, December 3, 2022

Polis tangkap ibu buang bayi di Sibu selepas 60 jam larikan diri

Secara Rawak

SIBU: Polis Sibu berjaya menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang dibuang di tepi tong sampah di sini pada Rabu lalu.

screen-shot-2016-10-09-at-1-38-43-pmKetua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah ketika mengesahkan penangkapan itu berkata, wanita itu ditahan hasil pengumpulan maklumat, risikan dan siasatan oleh pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Sibu sejak 60 jam yang lalu.

“Kita menahan suspek sekitar jam 6 petang di bawah Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis, Sarikei, selepas melakukan penjejakan,” katanya.

Siasatan lanjut katanya, mendapati suspek yang berusia 23 tahun bertindak demikian kerana berasa malu dan takut diketahui mengandung luar nikah dan tanpa suami.

“Dia yakin tidak ramai yang tahu akan keadaan dirinya ketika itu.

Kata Saiful Bahri, sejurus selamat melahirkan bayi tersebut, suspek meletakkannya di tepi tong sampah sebelum melarikan diri ke kampung dengan menaiki bas.

Bayi malang itu bagaimanapun bernasib baik apabila kehadirannya di Jalan Lai Chee itu disedari oleh tiga murid yang dalam perjalanan ke sekolah, sebelum segera diselamatkan oleh seorang wanita setelah dimaklumkan tentang penemuan itu.

Wanita yang berasal dari Kampung Sebayang, Belawai, Sarikei itu kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sambil mendapat rawatan di wad bersalin, Hospital Sibu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan kepada bahaya dan membuang bayi tersebut. – Sarawakvoice

477acacb-5ed5-4d5a-be2e-efac16d3a584

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru