Ibu bapa acu pisau kepada pengetua, tidak mahu tunda hari sukan

0
2

TOKYO: Sepasang suami isteri sanggup mengacu pisau kepada pengetua sekolah kerana dikatakan tidak mahu menangguh atau menjadualkan semula hari sukan tahunan sekolah ke satu tarikh yang lain.

14642385_890329211097927_6645925614165820410_nMenurut Asianage.com pada Jumaat lepas, gara-gara hanya kerana anaknya tidak dapat beraksi pada hari sukan yang sudah ditetapkan pada Ahad hari ini, Toshiaki Nabatame, 50, dan isterinya, Yukiko, 49, bekali-kali meminta pengetua menangguhkan hari sukan berkenaan ke tarikh lain.

Apabila pengetua membantah, pasangan itu didakwa mengancam pengetua dan dua guru lain dengan pisau dapur, menurut kenyataan polis yang dilaporkan Agensi.

Polis menahan kedua-dua suspek di Ibaraki, utara Tokyo.

Menurut kenyataan polis, si isteri, Yukiko mengaku mengancam guru terbabit.

Namun suaminya,Toshiaki menafikan dakwaan melakukan ancaman tersebut.