Monday, November 28, 2022

Tabung untuk selesaikan yuran tunggakan RM4.5 juta pelajar Malaysia di Mesir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Masalah tunggakan yuran 150 pelajar Malaysia daripada jurusan perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir mendapat perhatian khusus  Menteri Pendidikan Tinggi.

Semalam, Datuk Seri Idris Jusoh melancarkan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan.

Timbalan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Kamel Mohamed yang mengetuai delegasi kementerian itu ke Mesir baru-baru ini berkata, pelajar terbabit bukan sahaja menghadapi tunggakan yuran pengajian dan bimbang tidak dapat meneruskan pengajian, tetapi ada juga yang sudah tamat pengajian berdepan masalah tunggakan yuran.

“Ada dua atau tiga pelajar berjaya menamatkan pengajian, tetapi mempunyai tunggakan yuran sekitar AS$5,000 (RM20,779) hingga AS$ 6,000 (RM24,935),” katanya.

Tabung yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) itu ditubuhkan berikutan kegagalan pelajar terbabit membayar yuran pengajian berjumlah keseluruhan kira-kira RM4.5 juta.

Mereka ini tidak mendapat tajaan atau pembiayaan pendidikan dan  bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian dan menampung kos sara hidup.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru