Saturday, December 3, 2022

Beli kediaman pertama: Syor KWSP benar keluarkan caruman lebih tinggi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  untuk memberi sedikit keanjalan kepada para pencarum mengeluarkan jumlah wang yang lebih besar bagi pembelian kediaman pertama.

Tujuannya, menurut Datuk Johari Abdul Ghani adakah untuk meningkatkan keupayaan mereka membuat ansuran bulanan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan sedang meneliti dan menilai peratusan tertentu yang boleh ditinjau bagaimana KWSP boleh membenarkan pencarum menggunakan sebahagian daripada caruman untuk menambah keupayaan membayar ansuran.

“Mereka ini berkemampuan mendapatkan pinjaman bank tetapi ada jurang bersandarkan kadar gaji semasa,” katanya pada Sesi Perbincangan Meja Bulat anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini semalam.

Untuk itu, katanya, kementeriannya berharap dengan sumbangan KWSP, pencarum yang hendak membeli kediaman pertama dapat mengeluarkan wang bagi menampung ketidakcukupan terbabit.

Cadangan itu menurut Johari tidak berbeza daripada model sedia ada yang membenarkan pencarum mengeluarkan wang untuk dilabur dalam unit amanah.

Pada ketika ini, pembeli kediaman boleh mengeluarkan sehingga 30 peratus daripada Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan pembelian kediaman. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru