Pemimpin politik katak dan pemimpin oportunis di Sabah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CHONG CHIEN JEN

DAP kecewa dengan tindakan pemimpin dan wakil rakyat Sabah melompat parti. Tindakan mereka itu memberi tamparan hebat kepada parti berkenaan ketika mereka sebenarnya berazam untuk merampas lebih banyak kerusi daripada BN.

ADUN Likas, Junz Wong telah mengambil keputusan mengikut jejak langkah pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Selain Junz, dua lagi orang kuat DAP Sabah, iaitu Timbalan Pengerusi, Joan Goh dan Naib Pengerusi, George Hiew turut keluar parti.

Apakah alasan mereka?  Parti  tempatan dan bukan parti dari Semenanjung lebih sesuai untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, sesuai dengan sentimen yang berubah sekarang apabila slogan Sabah for Sabahan semakin digemari rakyat. Betulkah?

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan kelmarin mengecam tindakan beberapa mereka itu kerana menukar haluan kepada parti berasaskan tempatan.

Sekali gus dakwaan bahawa hanya parti setempat dapat mempertahankan hak penduduk negeri itu  bagi beliau ialah alasan yang dibuat-buat.

Mengapa selama ini mereka ‘berjuang’ menggunakan platform berkenaan, dan kini tiba-tiba mahu berubah?

Chong mendakwa sebab sebenar mereka melompat parti  berkaitan dengan kekayaan bekas naib presiden Umno Datuk  Seri Shafie Apdal.

“Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan,”’ katanya dalam kenyataan berkenaan.

“Ini ialah sifat katak-katak politik,” katanya lagi.

Politik katak merujuk kepada tabiat dan kegemaran pemimpin politik yang suka melompat dari sebuah parti ke sebuah parti lain, selalunya atas alasan yang dibuat-buat.

Kata Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, seseorang yang keluar dari DAP atas alasan sentimen parti tempatan, mereka itu ialah ahli politik oportunis.

Masihkan relevan DAP di Sabah dengan perkembangan terkini? Atau DAP akan terus mendapat sokongan daripada pengundi Cina di kawasan bandar seperti sebelum ini walau apa pun yang berlaku terhadap parti berkenaan? – Sarawakvoice

Terbaru