Monday, December 5, 2022

Najib rai Sultan Brunei dan isteri di Seri Perdana

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meraikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada majlis santapan tengah hari di Seri Perdana, di sini.

Turut hadir menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

screen-shot-2016-10-04-at-4-12-40-pm

Turut menghadiri majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Duta Khas Kerajaan Malaysia ke Brunei, Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Antara anggota rombongan Brunei yang menghadiri majlis berkenaan ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Setia Abdul Rahman Ibrahim, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Datuk Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri Tenaga dan Industri, Datuk Seri Paduka Awang Mohammad Yasmin Umar dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Paduka Awang Abdul Wahab bin Juned.

Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha dan Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Paduka Mohd Roselan Mohd Daud juga menghadiri majlis itu.  

Pada majlis itu, para tetamu turut dihiburkan dengan muzik dan tarian oleh artis tempatan.    

Sultan Hassanal Bolkiah, yang diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, adalah dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Isnin termasuk menghadiri Perundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 Malaysia dan Brunei.

Sementara itu, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang tiba lebih awal dengan delegasinya ke Seri Perdana, mengadakan perbincangan tertutup kira-kira 15 minit dengan Rosmah.

Baginda dan delegasi Brunei kemudian diiringi ke ruang legar Dewan Protokol untuk melihat pelbagai tekstil dan pakaian batik yang dipamerkan. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru