Sunday, December 5, 2021

Kota Samarahan semakin dekat, Jambatan Batang Sadong dijangka siap 2018

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Jambatan Batang Samarahan yang dijangka siap Januari 2018, setakat ini mencapai kemajuan 44 peratus dalam pembinaan.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, “projek ini mengalami sedikit kelewatan disebabkan terdapat beberapa masalah di tapak (pembinaan), sebahagian daripadanya diselesaikan termasuk masalah tanah…”

14449870_1294300150581010_7485234942983453695_n

Fadillah selepas melawat tapak binaan Jambatan Batang Samarahan pada Jumaat yakin dengan rekod kontraktor tersebut yang dipercayai mampu menyiapkan projek tersebut mengikut jadual.

Jambatan dua lorong dan dua hala sepanjang 774 meter merentangi Sungai Samarahan menelan kos RM94 juta.

Jambatan ini dipercayai akan memberi nilai tambah kepada sosioekonomi 70,000 penduduk setempat selain merancakkan pembangunan setempat.

Beberapa projek parasana lain di Sarawak yang dijangka mengalami kelewatan ialah kerja naik taraf jalan Kuching-Serian dari Batu 10 sehingga Batu 15 yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Setakat ini kemajuan kerja lebih kurang 11.75 peratus yang sepatutnya pada tempoh ini mereka sudah mencapai 22 peratus perkembangan,” kata Fadillah yang masih yakin projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa dijanjikan.

Selain itu, pembinaan Jambatan Sungai Rimbas, Pusa di Betong kini sudah mencapai 76.3 peratus ketinggalan sekitar 17 peratus penyiapan sepatutnya.

Projek lain yang terlewat ialah pembinaan jambatan menghubungkan Emart di Matang dan Stapok di Batu Kawa.

Menurut Fadillah Projek baharu yang lain bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) ialah projek pembinaan jejambat di Jalan Medan Jaya/Jalan Tun Hussien Onn di Bintulu.

Projek lain ialah membina Jambatan Batang Lupar yang dalam proses kelulusan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru