KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu hari ini berpecah berpunca daripada seorang pemimpin tua yang memecahkan mereka kepada beberapa parti politik.

Tanpa menamakan pemimpin itu, Perdana Menteri jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik utama beliau dan menjadi duri dalam daging.

Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin itu perlu dipersalah kerana menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Melayu.

Kini beliau sudah bersara, tetapi Najib berkata, pemimpin itu telah memecahkan orang Islam kepada tiga kelompok politik semasa pemerintahannya.

Mahathir merupakan Perdana Menteri paling lama memerintah dari 1981 hingga 2003.

Kini Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaaan telah memecahkan orang Islam kepada lima kumpulan.

Mahathir baru-baru ini berjaya mendaftarkan parti Bersatu yang turut diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin itu kata Najib dalam rakaman audio yang dimuat naik dalam blognya, suka berkelahi.

Najib berkata, orang Islam di negara ini mendapati sukar untuk bersatu kerana tindakan pemimpin itu, menyalahkan beliau menyukarkan usaha untuk mencapai perpaduan dalam kalangan ummah.

Banyak yang menjadi mangsa beliau pada masa lalu, katanya tetapi kembali menjadi rakan beliau dalam politik.

Kini Mahathir telah menjalin kerjasama dengan pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan baru-baru ini beliau telah berjabat tangan dan berbincang dengan musuh politik selama 18 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir telah memecat Amwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 atas tuduhan liwat dan terbabit dalam usaha menggulingkan beliau sebagai Perdana Menteri. – Sarawakvoice