Saturday, December 3, 2022

Bayi baru dilahirkan, berwajah seperti lelaki setua 80 tahun

Secara Rawak

DHAKA: Seorang bayi lelaki di Bangladesh dilahirkan dalam keadaan luar biasa dengan wajahnya persis lelaki tua.

Menurut Daily Mail, bayi berkenaan dilahirkan di Magura, Bangladesh Ahad lepas.

Pakar perubatan mengesahkan bayi berkenaan menghidap penyakit “progeria” sejenis penyakit genetik yang menyebabkan fizikal bayi berusia lebih pantas berbanding bayi normal.

Bayi tersebut menjadi cepat tua dengan kedutan pada wajah, tubuh berbulu dan mata berongga.

Doktor yang merawatnya berkata, “bayi itu tidak seperti bayi yang baru dilahirkan. Dia mempunyai kedutan dan paras kulit kasar.”

Indiatoday pada Isnin lepas menyamakan rupa paras bayi tersebut seperti Benjamin Button berusia 80 tahun.

Akhbar itu menulis, progeria dikatakan lapan kali lebih cepat tua berbanding bayi normal.

Sungguhpun mendapat bayi yang dikira aneh, ibu bapa bayi tersebut gembira dengan kelahiran “anak ajaib” itu.

Ayah bayi tersebut Biswajit Patro dan isterinya Parul Patro dari keluarga petani miskin, tidak dapat menahan rasa gembiranya selepas melihat anaknya itu.

Menurut The Sun pada Jumaat, keluarga Biswajit segera didatangi banyak pengunjung terdiri daripada saudara-mara, jiran dan orang dari kampung lain yang mahu melihat “anak istimewa” mereka itu.

“Kami bersyukur kerana mempunyai seorang anak perempuan.

Sekarang kami sudah berempat. Apa lagi yang kami boleh minta,” ujar Biswajit.

Biswajit berkata lagi, “kita hanya boleh berterima kasih kepada Tuhan. Tidak ada sebab kenapa saya tidak bahagia menerima kemunculan anak saya.

“Kami akan menerimanya mengikut cara dia. Kami gembira mempunyai bayi lelaki di dalam rumah,” kata Biswajit.

Rekod perubatan menunjukkan kebanyakan pesakit progeria walaupun kelihatan tua, biasanya mati sangat muda.

Bapa saudaranya, Arabindu Mondal berkata, “bayi itu kelihatan tua kerana bapanya juga kelihatan lebih tua daripada usianya. Saya hanya berharap bayi itu menjalani kehidupan yang panjang dan sihat.”

Video berkaitan bayi lelaki tersebut boleh ditonton di Youtube,

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru