Membimbangkan, perokok di kalangan pelajar dan warga luar bandar S’wak meningkat tinggi

0
6

MIRI: Memandangkan betapa seriusnya kesan rokok dan tembakau terhadap kesihatan manusia dan persekitaran, kerajaan melancarkan program Blue Ribbon demi mewujudkan lebih banyak persekitaran yang bebas daripada pencemaran asap rokok.

jamilahProgram ini diluaskan di setiap bangunan kerajaan, pejabat dan beberapa kawasan awam seperti kedai makan, tempat istirahat dan pusat rekreasi.

Dengan kegiatan merokok semakin menunjukkan peningkatan di Sarawak usaha bersepadu ini iambil demi mencegah banyak orang tidak bersalah mati akibat penyakit berkaitan tembakau.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, menurut Survei Kesihatan Nasional dan Morbiditi (NHMS) 1996 dan 2015, kes perokok atau penggunaan tembakau meningkat kepada 25.4 peratus tahun lepas berbanding 22.3 peratus 1996 di Sarawak.

Peratusan ini lebih tinggi berbanding kadar negara 22.8 peratus atau sekitar 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok berumur 15 tahun ke atas.

Menurut Dr Jamilah “di negeri ini perokok lebih tinggi di kawasan luar bandar iaitu 26.4 peratus berbanding 16.5 peratus di kawasan bandar.”

“Membimbangkan, menurut NHMS 2012, Sarawak mencatat peratusan tertinggi pelajar merokok iaitu 19.6 peratus,” kata Dr Jamilah dengan membandingkan kegiatan merokok di kalangan pelajar peringkat nasional ialah 11.5 peratus dengan 65 peratus mula merokok seawal usia 14 tahun.

Dr Jamilah melalui teks yang dibaca oleh timbalannya, Dr Nordin Salleh pada majlis penyampaian Anugerah Blue Ribbon peringkat negeri pada Khamis menambah Global Adults Tobacco Survey (GATS) 2011 mendapati empat daripada 10 rakyat Malaysia atau 7.6 juta terkena asap perokok semasa di rumah.

Manakala, 2.3 juta lagi terkena asap rokok semasa di tempat kerja dengan tujuh daripada 10 orang dalam bahaya akibat terdedah kepada asap rokok di kedai makan.

Bukti kesihatan menunjukkan asap rokok membawa lebih 7,000 bahan kimia berbahaya.

Menurut Dr Jamilah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penggunaan tembakau di Asia Pasifik menyumbang 71 peratus kematian akibat barah, 42 peratus kematian akibat masalah pernafasan kronik dan 10 peratus menghidap masalah kardiovaskular dengan dua kematian dalam seminit.

Menurut statistik Hospital Umum Sarawak daftar kematian menunjukkan 38.01 peratus kematian adalah pada peringkat pramatang iaitu sebelum mencapai 60 tahun kemungkinan dapat dikaitkan dengan penggunaan tembakau atau merokok.