33 pintu rumah Indang Abok, Sungai Labang Sebauh hangus, 160 penduduk terjejas

0
6

BINTULU: Lebih 160 penduduk Rumah Indang Abok tinggal sehelai sepinggang apabila 33 pintu daripada 41 pintu rumah panjang di Sungai Labang, Sebauh hangus dijilat api.

Namun, menurut Pegawai Daerah Sebauh, Desmond Jerukan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar 10 malam Rabu itu.

Meskipun pihak bomba dihubungi, namun kehadiran bomba agak memakan masa sekitar dua jam setengah dari bandar Bintulu.

“Anggota kami berdepan cabaran kerana kawasan ini hanya menggunakan laluan sungai dan liputan telefon kurang memuaskan menyukarkan kerja pemadaman,” ujar Desmond.

Difahamkan punca kebakaran bermula dari bahagian dapur salah sebuah unit rumah panjang berkenaan.

Desmond menyeru agar masyarakat menghulur sumbangan ikhlas kepada mangsa kebakaran.

Kaunter saluran sumbangan atau bantuan kini dibuka oleh Persatuan Ketua Kaum Sebauh di tapak Regatta Sebauh. – Sarawakvoice