Tuesday, December 6, 2022

Uggah tekad basmi kemiskinan luar bandar S’wak guna pelan kompehensif

Secara Rawak

KUCHING: Kadar kemiskinan luar bandar yang tiga kali ganda kadar kemiskinan bandar memerlukan banyak tindakan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk.

Bagi mencapai hasrat kerajaan menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, kadar kemiskinan ini mesti dikurangkan bahkan dibasmi.

Justeru, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemiskinan ini dengan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, “perkara inilah yang membuat kita merujuk kepada beberapa contoh pembangunan termasuk meneliti semula model sedia ada yang berjaya…”

Usaha dijalankan bagi mengenal pasti beberapa model pelan pembangunan sosioekonomi luar bandar yang komprehensif untuk dilaksanakan di Sarawak.

Melalui pelaksanaan model ini yang turut pernah digunakan di negara lain yang berjaya, ia diserap dalam program transformasi ekonomi luar bandar yang komprehensif.

Bercakap selepas perasmian Bengkel Program Transformasi Ekonomi Luar Bandar Sarawak pada Rabu, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar mahu objektif ini direalisasikan demi mencapai sasaran isi rumah berpendapatan tinggi.

Pada masa yang sama ia diharap dapat mengurangkan defisit kemiskinan antara bandar dengan luar bandar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru