Tuesday, December 6, 2022

Salurkan tenaga solar, hidro mini untuk penduduk luar grid tenaga empangan hidroelektrik

Secara Rawak

BELAGA: Sekitar 50 peratus bekalan tenaga elektrik di Sarawak dijana daripada projek empangan hidro dan sudah tentu ia memberi impak kepada industri yang memerlukan penggunaan tenaga yang besar dan murah.

Hal ini menarik perhatian pelabur dan ahli industri yang melihat perkara ini bermanfaat kepada pembangunan dan perkembangan industri.

taib-sesco

“Walaupun kita berbangga kerana mengeluarkan tenaga elektrik yang murah, kita tidak boleh lupa mereka yang juga memerlukan bekalan tenaga,” kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

“Kita perlu memikirkan cara dan kaedah membantu agar mereka tidak terus berasa iri hati dengan kita semua,” kata Adenan di majlis perasmian Empangan Murum bernilai RM4.1bilion di Murum yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Selasa.

Memandangkan saiz yang luas dengan penduduknya tinggal berselerak, banyak tempat di negeri ini tidak dapat disalurkan kemudahan bekalan tenaga ini.

Adenan mencadangkan agar Sarawak Energy Berhad melihat kepada usaha membangunkan tenaga alternatif seperti empangan hidro mini dan tenaga solar sebagai alternatif penduduk di luar grid khususnya di pedalaman.

Sementara itu, Adenan berkata demi kepentingan masa depan industri negeri, Sarawak memerlukan bekalan tenaga yang murah, bersih, selamat dan boleh diperbaharui.

Kerajaan Negeri setakat ini telah membangunkan projek Batang Ai, Bakun dan terkini Empangan Murum di Belaga.

Adenan berkata, usaha memanfaatkan bekalan tenaga melalui projek hidroelektrik dijalankan di seluruh dunia terutama di Sweden, Norway, Afrika dan China.

Di Sarawak, katanya, ia merupakan idea Taib bagi memanfaatkan sungai yang berpotensi untuk projek hidroelektrik.

Sementara itu, Pengerusi Sarawak Enegry, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata, Loji Hidroelektrik Murum ialah projek hidroelektrik terbesar yang dibangunkan oleh Sarawak Engergy dan pertama selepas Batang Ai.

“Loji Hidrolektrik Murum menyediakan sehingga 944 megawatt (MW) tenaga mapan, boleh diperbaharui dan mampu dimiliki dengan purata pengeluaran tenaga tahunan 5,952 gigawatt-jam (GWh),” tambahnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru