Nelayan sembunyi syabu dalam straw tersusun dalam kotak rokok

0
2

Miri: Serbuan ke atas rumah seorang nelayan berusia 38 tahun di Kampung Punang di Lawas pada 9.15 Selasa malam membongkar rahsia taktiknya menyembunyikan syabu.

Nelayan tersebut mengaburi kegiatan penagihan syabu dengan menyembunyikan dadah tersebut di dalam kotak rokok di Lawas, Limbang.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, “dalam serbuan itu, polis menjumpai satu kotak rokok di dalamnya mengandungi 34 kerat penyedut minuman yang diisi dengan dadah dipercayai syabu.”

Abang Zainal berkata suspek dibawa ke Balai Polis Lawas untuk siasatan lanjut.

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah.

“Tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. – Sarawakvoice