Tuesday, June 28, 2022

Laporan polis terhadap Kapak Sarawak, ekoran posting FB hina ahli kelab motosikal besar

Secara Rawak

BINTULU: Mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook: Kapak Sarawak (Anthony Bakit), satu laporan polis dibuat di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu ekoran penghinaan yang diposting menjadi viral di media sosial itu.

Ekoran kemalangan maut yang melibatkan beberapa anggota kelab Komuniti Motosikal Berkuasa Tinggi minggu lepas, Kapak Sarawak menulis komen di Facebooknya: “‘Padan muka sida bigbike. Drive sik ikut peraturan jraya. Kalau boleh biar 4-5 orang mati sehari. Mereka jadi hantu d jalanraya.”

“Tidak ada orang puji mereka. Semua benci mereka. Kalau mahu berlumba pi Formula 1 sana. Selagi lagi mmandu di jalanraya Srawak TIDAK ADA CLASS LAH TU. Selagi tyre bike bergesel di atas jaalan itu belum laju. Mampus sida bibikers”

“Biar roh mereka di api neraka. Banyak dosa di dunia ini,” antara susunan ayat dalam posting tersebut.

Posting kontroversi tersebut mendapat respons daripada netizen yang kebanyakannya mencemuh Kapak Sarawak.

Dayak Bikers MotorcycleClub MotherChapter menulis: “Kalau pun mau femes Pakcik Anthony Bakit @ Kapak Sarawak… janganlah macam tok. Buatlah benda baik2x sementara hidup kita ada sisa… bila dah jadi arwah orang akan ingat akan kebaikan kita.. Ni tidak, di sumpah lagi Bikers BigBike mati… apa sebenar nya kesalahan besar mereka yang bawa BigBike ni pada Pakcik??…”

Watt Enjup dalam postingnya menulis: Kami (bigbikerz) bukan org sebarangan yg ko anggap….nah, Ambik ko “kapak sarawak”… kapak jadi tumpul sudah… Log a police report……nah.ini satu pengajaran. Kerna mulut badan binasa..sia sia ko KAPAK SARAWAK…”

Netizen lain menulis, “Nampknya fb “Kapak Sarawak’ dah diactive…hmm.. takut lah tu.. brni buat, brani tanggung…”

Pengerusi Kelab Komuniti Motosikal Berkuasa Tinggi Bintulu, Ahmad Lato melahirkan rasa kesal beliau kerana kenyataan tersebut menjatuhkan maruah mereka dan penuh prejudis.

Ahmad berkata, memang tidak dinafikan terdapat segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi bersikap sedemikian, namun janganlah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Difahamkan beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi lain turut membuat laporan polis di balai polis berlainan di negeri ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru