Bertengkar kerana balik lewat, isteri gigit jari kelingking suami hampir putus

0
3

MIRI: Bertengkar kerana suami pulang lewat menyebabkan isteri gagal mengawal perasaan lalu menggigit jari kelingking pasangannya itu.

Kejadian 11.30 malam itu menyebabkan jari kelingking tangan kiri mangsa hampir putus menyebabkan dia nekad membuat laporan polis di Miri demi keselamatan pada masa akan datang.

Menurut sumber seperti dilaporkan oleh Utusan Sarawak, sebelum insiden, suami, 26, sampai di rumah selepas membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.

“Bagaimanapun, belum sempat mangsa melepaskan lelah, tiba-tiba isterinya datang menghampiri dalam keadaan marah-marah sambil membebel tidak puas hati kerana mangsa pulang lewat.”

Menurut laporan itu lagi, suami isteri berkenaan bertengkar sehingga keadaan tegang membuat si isteri gagal mengawal perasaan lalu menggigit jari kelingking mangsa.

Mangsa segera mendapatkan rawatan di hospital. – Sarawakvoice