Saturday, December 3, 2022

S’wak mampu jadi pengeksport daging lembu jika ladang sawit amalkan pertanian bersepadu

Secara Rawak

KUCHING: Sekitar 400,000 hektar daripada keseluruhan sejuta hektar ladang kelapa sawit di Sarawak sesuai menjalankan projek lembu bersepadu.

Ini membolehkan sarawak membekalkan sekitar 80,000 lembu pada satu-satu masa.

Sayangnya hanya 80,000 hektar daripada jumlah tanah tersebut digunakan bagi tujuan ternakan lembu bersepadu yang hanya menghasilkan sekitar 10,500 ekor lembu.

“Jika semua ladang kelapa sawit mengamalkan pertanian bersepadu ini, besar kemungkinan Sarawak boleh menjadi pengeskport bersih daging lembu,” kata Ketua Menteri Sarawai, Tan Sri Adenan Satem melalui teks ucapannya  dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Saya percaya kemajuan dalam teknologi sumber makanan haiwan boleh dibangun memandangkan bekalan makanan merupakan komponen utama ternakan,” kata Adenan pada Majlis Perasmian dan Jamuan Malam Gala sempena Kongres Persatuan Veterinari Malaysia (VAM) Ke-28.

“Menanam tanaman bijirin untuk makanan mungkin tidak dapat dilaksanakan apabila tanah terhad, tetapi bahan buangan dan sisa pertanian boleh dilihat sebagai satu pilihan.

Adenan merujuk kepada hasil produk dari loji pemprosesan kelapa sawit yang boleh ditukar untuk dijadikan makanan haiwan ternakan yang diternak di atas tanah yang sama.

“Saya sangat berharap persidangan ini turut membincangkan sempadan baru dalam membangunkan produk dan bukan saja untuk makanan, tetapi juga produk lain seperti farmaseutikal,” kata Adenan.

Ini termasuk menghasilkan makanan tambahan daripada produk haiwan supaya Malaysia boleh menjadi pusat pembangunan makanan halal.

Ketua Menteri melalui Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar mengumumkan kabinet negeri meluluskan penubuhan Jabatan Veterinari pada 19 Mei lepas.

Jabatan baru itu yang diletakkan di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar menangani kebimbangan pihak industri ternakan bagi melindungi industri bernilai sekitar RM1.4 bilion di Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru