Tuesday, December 6, 2022

Parti Amanah Negara – Satu tahun yang penuh bermakna

Secara Rawak

SHAH ALAM: Sambutan Setahun Parti Amanah Negara (Amanah) Peringkat Nasional telah melabuhkan tirainya malam tadi.

Bumi bertuah Muar, Johor menjadi saksi kemeriahan sambutan ini.

Mewakili Pemuda Amanah Selangor, saya menzahirkan ucapan tahniah yang tidak terhingga kepada Amanah.

Setahun yang lalu Amanah lahir dipersada politik Malaysia dengan penuh penantian.

Parti Islam pilihan menjadi topik hangat ketika itu. Bermula dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bergerak di seluruh pelosok negara dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia.

Seterusnya rundingan pengambil alihan Parti Pekerja dan ditukarkan menjadi Amanah.

Demi melihat negara Malaysia berubah kepada yang lebih baik dan membawa Islam lebih ke hadapan.

Konsep Rahmatan lil ‘Alamin yang membawa maksud Islam Rahmat Seluruh Alam menjadi teras kepada Amanah.

Atas keterbukaan Amanah, sambutan anak muda kepada parti baru ini cukup menggalakkan.

Dikenali sebagai “Parti Oren” menjadikan anak muda mudah mesra. Pendokong parti yang rata-rata bersifat progresif dalam memacu Amanah membuatkan ia dikenali dan terkenal.

Amanah bukan satu keganjilan kepada anak muda pada hari ini. Kebanyakkan program  yang dijalankan pasti dikeremuni oleh mereka kerana mereka tertarik dengan pendekatan yang sesuai dengan jiwa mereka.

Saya ingin tekankan disini bahawa setiap perjuangan itu pasti penuh liku.

Tiada satu pun perjuangan rakyat yang dihampar dengan permaidani merah.

Hubungan sesama ahli dan sesama rakan Pakatan Harapan (PH) perlu dipereratkan lagi. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Begitu juga hubungan kita dengan Allah. Rayulah, mintalah, tangisilah pada Allah. Hanya itu sahaja tempat kita mengadu dan menjadi tempat kita berpaut.

Setiap pendokong Amanah perlu melipat gandakan usaha dan gerak kerja. Idea baru dan bernas perlu diketengahkan.

Jentera juga perlu diperkemas dan ditambah lagi.

Yang pasti info terkini daripada Amanah perlu sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ubatilah kesakitan yang dirasai rakyat dek kerana kerakusan pemimpin pegara ketika ini dengan lebih menyantuni mereka.

Sedarkan rakyat tentang keperluan menukar kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.

Buktikan kepada rakyat bahawa Amanah boleh menjadi pilihan utama mereka.

Bagi anak muda yang menjadi penggerak Amanah khususnya di Negeri Selangor, lipat gandakan kerja kita.

Fahami isu anak muda dan mencari solusi yang sesuai. Program anak muda perlu kita perluaskan.

Dekati sahabat-sahabat kita. Terangkan kepada mereka apakah yang Amanah bawa tanpa mengira kaum, warna kulit, usia dan agama.

Tidak mustahil Amanah ini menjadi wadah baru pilihan utama anak muda pada satu hari nanti.

Kepada rakan PH khususnya di Negeri Selangor, Dapsy dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), ucapan terima kasih atas silaturahim yang terjalin selama setahun ini. Kita akan terus bersama membawa agenda rakyat ke arah Malaysia yang lebih baik.

Akhirnya kata, kita memohon pada Allah agar sentiasa merahmati dan memberkati kita sepanjang tahun dan tahun-tahun yang mendatang.

Moga Usaha kita ini menjadi saham kita apabila bertemu Allah kelak.

Abbas Azmi adalah Ketua Pemuda Amanah, Selangor

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru