Orang Iban kaya tanah, perlu menjananya untuk tuai pendapatan lumayan

0
6

BETONG: Orang Iban kaya tanah, namun hasil yang dijana tanah tersebut tidak berbaloi dengan keluasan tanah yang dimiliki mencapai puluhan ekar ditumbuhi semak-samun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, “…merugikan kita dalam jangka panjang sedangkan tanah itu umpama emas hitam yang jika dilombong menghasilkan pendapatan lumayan.”

Berucap pada Majlis Perasmian Projek Jalan dan Parit Rumah Bulie, Lidong Pandak, Betong, Rayong berharap agar pemilik Tanah Adat Bumiputera (NCR) mengusahkan tanah mereka dengan tanaman bernilai komersial seperti kelapa sawit, koko, lada dan sebagainya termasuk ternakan.

Rayong kesal kerana tidak ramai penduduk luar bandar mahu merebut peluang tersebut.

Beliau berkata menjadi harapan kerajaan agar rakyat negeri ini meraih purata sekitar RM4,000 pendapatan sebulan menjelang 2020.

Menurut Rayong, kerajaan komited mengeluarkan penduduk luar bandar dari kemiskinan dengan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Kerajaan sendiri menyediakan banyak peluang menerusi agensi kerajaan khusus untuk rakyat yang mempunyai keinginan tinggi membaiki taraf hidup diri dan keluarga.

Berucap pada Majlis Perasmian Projek Jalan dan Parit Rumah Bulie Lidong Pandak, Betong, Rayong bagaimanapun berbangga kerana  Engkilili sudah jauh berubah dengan banyak kawasan sudah dihubungi jalan raya dan mendapat bekalan elektrik berbanding 10 hingga 15 tahun lalu.

Menurut Rayong, “ini membuktikan BN menerusi wakil rakyatnya berusaha membangunkan rakyat.” – Sarawakvoice