Friday, August 19, 2022

Lagi peserta Samarahan Bike Fest 2016 maut

Secara Rawak

BETONG: Seorang lagi peserta Samarahan Bike Fest 2016 maut semalam apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 82 Jalan Betong-Sarikei.

Menurut Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga, dalam insiden sekitar jam 5.10 petang itu, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian setelah bertembung dengan sebuah kenderaan Proton Waja dari arah bertentangan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Hasbullah sedang dalam perjalanan pulang dari Samarahan ke Selalang sebelum gagal mengelak kenderaan Proton Waja terbabit yang tiba-tiba berada di laluan yang salah kerana hendak memotong.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang berada di lokasi,” kata Alexson lagi.

Difahamkan, Abdul Rahman yang berasal dari Matu merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang.

Menurut Alexson lagi, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Insiden ini merupakan kes ketiga melibatkan peserta aktiviti terbabit, dengan dua daripadanya ketika dalam perjalanan secara berkonvoi.

Samarahan Bike Fest edisi kelima yang berlangsung di Aiman Mall, Samarahan berakhir semalam. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru