Friday, August 19, 2022

Fatimah pastikan 123,000 kanak-kanak masuk prasekolah 2020

Secara Rawak

SIBU: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti menyasarkan semua 123,000 kanak-kanak 4-6 tahun diberi pendidikan awal di institusi prasekolah berdaftar menjelang 2020.

Sementara, sebanyak 15 peratus daripada 164,000 kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah disasarkan menerima pendidikan awal di institusi prasekolah berdaftar pada 2020.
Manakala, baki 85 peratus lagi dibimbing dan dijaga oleh ahli keluarga di rumah masing-masing.

14470394_1287432117965285_2952412852665265773_n

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, “…garis panduan berkesan diperlukan oleh keluarga, terutama ibu bapa. Bagi tujuan tersebut, banyak lagi bengkel dengan agensi berkaitan.”

Bercakap di majlis penutupan rasmi Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-11 pada Ahad, Fatimah berkata, kementeriannya bersama Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) membangunkan Pelan Strategik Asuhan, Bimbingan dan Didikan Kanak-Kanak Sarawak 2016-2020.

Menurut Fatimah yang juga Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, penubuhan pelan induk tersebut bertujuan mengekalkan akses dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

14448802_1287434371298393_536602629685190774_n

Pada majlis tersebut, Fatimah turut membangkitkan tiga resolusi; pertama, memohon Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi membolehkan kursus pengajaran bahasa Inggeris dijalankan untuk guru di Sarawak.

Resolusi kedua memohon Kerajaan Negeri membantu membekalkan bahan pengajaran sesuai atau menyediakan kemudahan menghasilkan bahan tersebut.

Resolusi ketiga, memohon Kerajaan Negeri menyediakan peluang latihan di setiap daerah bagi menampung keperluan guru serta pusat bimbingan mendapat khidmat sokongan profesional bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam mengajar bahasa Inggeris. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru