Pelajar IPT disaran miliki 2 ijazah  

0
2

SHAH ALAM: Menteri Pendidikan Tinggi, menyarankan agar penuntut pengajian tinggi memiliki dua ijazah bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja dengan dilengkapi pelbagai kemahiran dan pengetahuan.

Untuk itu,Datuk Seri Idris Jusoh   menyarankan agar mereka menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam talian untuk memiliki lebih daripada satu ijazah.

Menurut beliau, pelbagai pihak termasuk sektor industri dan majikan mengakui graduan yang mempunyai satu ijazah lebih sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, sistem pendidikan tinggi kita sedang berubah untuk membina jenama pendidikan Malaysia.

“Dengan itu kita laksanakan pendekatan yang lebih fleksibel supaya rakyat dapat memiliki sekurang-kurangnya dua ijazah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan jelajah program ‘Soaring Upwards: Let’s Talk Higher Education’, di Management and Science University (MSU) di sini, semalam.

“Jadi, bila tamat pengajian kelak, graduan akan mempunyai lebih banyak peluang memasuki pasaran kerja dengan pelbagai kelayakan dan kemahiran yang ada,” katanya

Mengambil contoh kursus “Massive Open Online Courses (MOOC)” Idris menyifatkan ia dapat meletakkan kualiti sistem pendidikan tinggi negara bertaraf dunia dalam melahirkan lebih banyak graduan memiliki lebih daripada satu ijazah.

MOOC  dilancarkan Kementerian Pendidikan Tinggi pada September 2014 menawarkan lebih 60 kursus secara dalam talian di 20 universiti awam di negara ini.

Ia ditawarkan secara percuma menerusi platform www.OpenLearning.com kepada semua penuntut universiti dan orang awam.