Friday, September 30, 2022

Hilang lapan kali, warga emas pekak bisu ditemui selamat di Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang warga emas yang pekak dan bisu yang dilaporkan hilang untuk kali kelapan Jumaat lalu berjaya ditemui pasukan penyelamat pagi semalam.

Lelaki berusaia 68 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pengkalan Rejab, dekat sini.

lelaki-limbang-hilang-0002

Menurut Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima maklumat tentang kehilangan warga emas yang dikenal pasti sebagai Sitimbang Asrail itu sekitar jam 12 tengah hari Jumaat lalu dan satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan untuk mengesan mangsa.

“Gerakan SAR di kawasan hutan ini melibatkan anggota bomba dan penyelamat, anggota pertahanan awam, polis dan orang awam.

“Sekitar jam 10.22 pagi semalam, mangsa dijumpai dalam keadaan lemah di tebing sungai Ulu Lubai, 2 kilomeeter dari Pos Kawalan Bomba dan sekitar 10 kilometer dari kampungnya.

lelaki-limbang-hilang-0000

“Ketika dijumpai mangsa masih memakai baju biru dan berseluar hitam, dan berada dalam keadaan lemah,” katanya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya. – Sarawakvoice

lelaki-limbang-hilang-0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru