Tuesday, August 16, 2022

Mampukah Shafie gugat UMNO, BN Sabah?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mampukah parti yang bakal diterajui bekas naib presiden UMNO menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah?

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yakin, sokongan rakyat di negeri itu  akan terus menyokong UMNO/BN meskipun terdapat usaha untuk menentangnya daripada bekas pemimpinnya.

Bung berkata, tindakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  tidak akan menjejaskan BN.

“Saya cukup yakin rakyat kekal dengan UMNO dan BN kerana kita sudah mempunyai ‘track record’ dan ‘trademark’,” katanya kepada pemberita pada Majlis Prapelancaran Sambutan 50 Tahun Felcra di Pekarangan Utama Sri Pentas, di sini Jumaat.

Terdahulu, Shafie dilaporkan mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sementara itu, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, sama ada BN dan uMNo di Sabah tergugat bergantung kepada kekuatan parti memantapkan jentera parti di Sabah.

“Yang paling penting barisan kepemimpinan UMNO dan BN yang akan menentukan kemenangan parti dalam pRU akan datang,” katanya kepada media Malaysia di New York semalam.

Namun penganalisis berpendapat bahawa kekuatan pengaruh Shafie banyak bergantung kepada sejauh mana beliau dapat meraih sokongan masyarakat Kadazan-Murut-Dusun (KDM).

Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking telah mengisytiharkan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti yang diterajui Shafie. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru