Friday, September 30, 2022

Anggota AWAS berhimpun depan Fort Magherita bantah pembinaan Galeri Brooke

Secara Rawak

KUCHING: Sekumpulan 30 ahli Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) mengadakan bantahan secara aman di pekarangan Fort Magherita dekat sini pagi tadi sempena perasmian Galeri Brooke.

Diketuai oleh aktivis, Yusuf Jalli, bantahan ini dikatakan dilakukan atas sifat menentang penjajahan terhadap Sarawak oleh James Brooke pada 1841.

Setelah proses rundingan dilakukan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, mereka bersetuju untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebelum bersurai.

Proses tersebut berlangsung secara aman dan terkawal. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru