Tuesday, June 28, 2022

MDS berstatus Majlis Perbandaran Kota Samarahan bermula November depan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri dan Persekutuan meluluskan kenaikan Majlis Daerah Samarahan (MDS) kepada status Majlis Perbandaran Kota Samarahan bermula 11 November depan.

Menurut Walikota MDS Dato Peter Minos, Kota Samarahan kini sudah mempunyai lebih 200,000 populasi dengan pertumbuhan pantas pada kadar enam peratus setahun.

Di bandar wujudnya pusat ilmu dengan berdirinya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Tadbiran Negara (Intan), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta kolej vokasional.

Kota Samarahan memiliki pusat jantung, pejabat Negeri dan Persekutuan, beratus tapak perumahan serta pusat beli-belah dan kem tentera.

Selain meneruskan tugas rutin sebagai majlis perbandaran, Minos memfokuskan konsep hijau dalam landskap Kota Samarahan untuk menjadikannya bersih, selamat, bebas jenayah dan salah guna dadah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut diminta memberi kerjasama membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Bagi meraikan hari bersejarah itu, acara sambutan besar-besaran diadakan di dewan Suarah Samarahan.

Majlis sambutan dijangka di sempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dihadiri sekitar 3,000 hadirin. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru