Monday, June 27, 2022

Mahkamah Tribunal arah pemaju rumah bayar pembeli RM300 sebulan dan bayar pampasan

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Tribunal Perumahan Sarawak, Dato Maznah Dasmi menasihatkan pembeli rumah agar peka terhadap semua dokumen yang minta untuk ditandatangani oleh pemaju perumahan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

dato-maznah-dasmi“Pembeli harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengingat semua tarikh penting berkaitan rumah mereka agar jika ada perkara buruk yang menimpa, perkara ini dapat membantu pembeli menuntut ganti rugi dari pihak pemaju perumahan,” katanya.

Maznah juga mengingatkan pembeli rumah agar sentiasa mengetahui jumlah sebenar pembayaran yang sudah dilakukan melalui bank.

Merujuk kepada tiga perbicaraan kes yang melibatkan pembeli rumah di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama pada Selasa, Maznah mengulas kes tersebut melibatkan rumah yang tidak disempurnakan pemaju mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pada Selasa menyaksikan Gerald Atong Petes, Kervin Jamus dan Syaiful Azrie Muhammad Farid menuntut ganti rugi daripada pemaju perumahan Jung Kuo Sdn Bhd di hadapan ahli panel tribunal, Morni Wahie dan Bexter Agas Michael.

Maznah pada masa yang sama menggesa semua pemaju perumahan agar komited dengan janji yang telah diberikan seperti tertakluk dalam surat Perjanjian Jual Beli Perumahan.

Dalam kes ketiga-tiga pembeli tersebut, pemaju bertanggungjawab menyiapkan rumah dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh perjanjian.

Seharusnya rumah ketiga-tiga pembeli siap pada 2014.

“Disebabkan kelewatan ini, (maka) pemaju harus bertanggungjawab membayar ganti rugi sebanyak RM300 seorang bagi setiap bulan dari tarikh jual beli (perjanjian),” ujar Maznah.

Setakat ini, menurut Maznah tribunal tidak dapat membuat keputusan berkaitan jumlah pampasan yang harus dibayar kepada ketiga-tiga pembeli rumah tersebut sehingga Permit Menduduki Rumah (OP) dikeluarkan.

Tahun ini menyaksikan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak menyelesaikan 36 kes tuntutan rumah oleh pembeli bernilai RM180,966.50. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru