Saturday, December 3, 2022

Berjalan kaki, naik bot atau 4WD, sahut Cabaran Eko Tanah Tinggi Heart Of Borneo 2017

Secara Rawak

KUCHING: Pencinta alam semula jadi, khususnya yang mahu menikmati cabaran tanah tinggi dialu-alukan memilih 10 pakej laluan menjelajah kawasan tanah tinggi Kelabit dan Maligan di utara Sarawak melewati Sabah dan Kalimantan.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Masyarakat Adat Dataran Tinggi Sarawak (Formadat) Kanselor John Tarawe, penyertaan menyahut Cabaran Eko Tanah Tinggi Heart Of Borneo II bermula 20-29 Julai 2017 kini dibuka.

11143582_1170756196284243_9165105108431227512_n

John berkata peserta boleh memilih pakej laluan masing-masing untuk menaiki bot menyusuri sungai serta menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan berjalan kaki.

Pakej laluan bermula dari Kota Kinabalu atau Lawas untuk melewati Long Pa’ Sia, Long Semadoh, Ba’Kelalan, Long Bawan, Long Layu dan Bario.

“Pakej laluan terbabit ada yang selama lima hari, enam hari, lapan hari dan 10 hari dengan laluan paling singkat sejauh 50 kilometer selama lima hari dan paling jauh sehingga 500 kilometer selama 10 hari,” kata John.

Bercakap pada sidang media di WWF-Malaysia badan yang turut menyokong program kali kedua ini di Bangunan Binamas di Padungan pada Rabu, John berkata terdapat laluan panjang yang memerlukan peserta berkhemah di dalam hutan dan pakej ini sesuai bagi pencinta alam semula jadi.

Pakej laluan berkonsepkan “tidak ambil apa-apa kecuali gambar, tidak meninggalkan apa-apa kecuali bekas tapak kaki” ini turut membawa peserta melawat kawasan perkampungan dengan pemandangan indah dalam cuaca sejuk.

Peserta turut berpeluang melawat tempat menarik di tanah tinggi Borneo antaranya batu berukir “Batuh Narit Upai Semaring” di Long Semadoh, kubur lama “Lengutan Anak Adi” dan taman orkid semula jadi Long Pa’Sia.

Selain itu, peserta boleh merasai kesegaran air terjun Pa Kumap di Ba’ Kelalan, melawat

batu pahlawan “Batuh Ritong” dan rumah asal Bario.

Peserta juga berpeluang melawat busut buaya “Buayeh Tana” di Long Layu selain menyaksi sendiri tradisi menghasilkan garam darat dari mata air gunung di Long Bawan.

Mereka yang berminat menyertai acara ini, sila dapatkan maklumat lanjut di: www.facebook.com/hobecochallenge atau e-mel ecochallenge@formadat.com. – Sarawakvoice

13892041_1418938078132719_6749854798096746878_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru