Friday, August 12, 2022

Bapa ayam dakwa artis cantik kenakan bayaran hingga RM16 ribu sekali main

Secara Rawak

JAKARTA:  Isu  ada artis  atau penyanyi terkenal menjual diri untuk mendapatkan wang mudah dan hidup bergaya bukan asing di negara ini.

Seorang bapa ayam Robbie Abbas mengaku bahawa seorang artis berwajah cantik dan bertubuh mulus turut terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Robbie seperti dipetik media di sini, termasuk tempo.com mengakui  banyak mengalirkan wang kepada pedangdut yang bernama SB.

Wang itu dikutipnya sebagai muncikari atau bapa ayam yang bertindak sebagai orang tengah bagi mendapatkan pelanggan bagi artis berkenaan.

Beliau mengakui daripada beberapa orang artis, kadar yang dikenakan oleh SB adalah sekitar Rp 50 juta (RM16,000) untuk sekali hubungan badan.

“Yang paling mahal SB. Masih puluhan jutalah mereka,” ujar Robbie selepas membuat laporan polis di Polda Metro Jaya, semalam.

Menurut Robbie, banyak lelaki hidung belang ingin bercinta dengan SB lantaran bentuk tubuhnya yang bagus.

“Itu masalah cita rasa. Ada lelaki yang ingin  yang lebih gempal, lebih besar mungkin,” jelas Robbie.

Dalam proses persidangan berkaitan kes pelacuran yang membelitnya, Robbie menyatakan tiga artis di bawah ‘asuhan’-nya, yakni SB, TM, dan AA.

Bahkan, menurut Robbie, sejumlah pelanggan yang meminta jasa SB, ada yang sampai memberikan kereta dan jam tangan mewah untuknya.

“Saat itu saya kenalkan ke abang saya, tamu saya, yang pernah dengan SB. Sampai dia dapat kereta mahal dan  jam tangan mahal,” kata Robbie.

Pengakuannya, kata Robbie dapat dipertanggungjawabkan kerana dia mengaku masih menyimpan bukti-bukti daripada pernyataannya.

“Ini ada bukti chat satu tahun lalu atas pekerjaan aku sama dia,” kata Robbie, yang baru bebas pada 10 Mei 2016 kerena tersangkut kes pelacuran artis. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru