Saturday, May 21, 2022

Adenan akui sukar dunia pecah-belahkan Mawan, akan ditanganinya hingga dia jadi lebih kuat

Secara Rawak

KUCHING: Tan Sri William Mawan Ikom didedikasikan untuk kesederhanaan yang dapat disamakan dengan ciri-ciri seperti sederhananya negeri Sarawak dan negara Malaysia.

Bersikap sebagai pelampau tidak akan membawa kita ke mana-mana, sebaliknya huru-hara yang kita dapat.

Merasmikan buku “Reflections: A Journey of Hope, Aspiration, and Perseverance” karya  Mawan, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Mawan sebagai sebahagian daripada pasukan beliau yang memaparkan kepimpinan yang sederhana dan bertolak ansur.

Mawan, mantan Menteri Pembangunan Sosial dan bekas presiden Parti Demokratik Profesif Sarawak (SPDP) digambarkan sebagai pemimpin yang rentan dan mampu bangkit atas sebarang komplot.

Beliau yang juga mantan presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) merupakan ikon yang tidak mudah menyerah kalah dalam apa-apa jua cabaran yang dihadapi sepanjang kerjaya politiknya.

Bagi Adenan, bekas menteri kanan kabinet tersebut merupakan lelaki yang mempunyai tahap tabah yang luar biasa.

“Meskipun dunia cuba memecah-belahnya namun, Mawan mampu menanganinya sekali gus menjadi lebih kuat,” kata Adenan.

Adenan mengenali Mawan sejak sekian lama dengan tidak terdapat sifat dendam dan rasa putus asa dalam kamus hidupnya, menyebabkan Mawan mampu berdiri dalam apa jua keadaan, sama ada situasi baik atau buruk.

Inisiatif Mawan menerbitkan buku “Reflections: A Journey of Hope, Aspiration, and Perseverance” yang mengandungi beberapa petikan dan ucapannya selama ini berkaitan isu politik, pembangunan luar bandar dan isu sosial, berbaloi bagi bacaan generasi baru.

Sementara itu, Mawan berkata, “kita tidak boleh menyalahkan orang lain atas masalah sendiri.

“Sebaliknya kita harus mengakui masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian bersama orang lain, ketika kita bergerak seiring ke hadapan,” ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru